Welcome

Welcome to my wonderland where I share my experiences as a woman on beauty, shopping, travel & lifestyle. I love taking photographs with my epal phone so most pics you see here is taken with a smart phone!.
  • Top 10 Female Bloggers Msia
  • Founder of The Butterfly Project Malaysia
  • Winner of Cleo's Next Top Blogger Msia
  • Nuffnang x Marie France Blogger Winner

Recent Posts

GUA - Rahsia Kejelitaan L'Erbolario

12.18.2010

(Gambar ihsan Tammy Miu, plusizekitten.com)

Namanya mungkin belum lagi diketahui umum di sini tetapi di negara asalnya, Itali, rata-rata mengenali L'Erbolario sebagai satu jenama terulung dan yang boleh dipercayai.

Diasaskan 30 tahun lalu oleh sepasang suami isteri, Franco Bergamaschi dan Daniela Villa, keistimewaan L'Erbolario adalah pada ramuannya yang dijamin semula jadi.

Bahan mentahnya terdiri daripada, antaranya, minyak sayuran yang diperah segar, air bunga dan herba yang disuling setitik demi setitik, jus dari ekstrak tumbuhan dan saripati.

Keunikkan L'Erbolario juga terletak pada 40 rangkuman barangannya yang didatangkan dalam wangian yang berbeza dan jarang kedengaran (seperti White Tea, Fiori Cheri-Bright Flowers, Narciso, Orangerine dan Legni Fruitati) serta pilihan produk yang meluas dari penjagaan rambut, wajah, badan, kaki dan tangan, 'bio-ecocosmetics' (diperakui organik), produk untuk bayi dan haruman buat kediaman.

Memandangkan rangkuman produk yang ditawarkan begitu pelbagai, setiap pelanggan yang singgah di butik L’Erbolario akan menerima perhatian khas. Mereka akan diberi penerangan terperinci mengenai setiap wangian agar rangkuman yang dipilih nanti adalah yang paling sesuai buat diri dan keperluan mereka.

Kini, kaum Hawa dan Adam boleh mencuba dengan sendiri produk-produk L'Erbolario apabila butik sulung L'Erbolario sudah dibuka sejak pertengahan November lalu di Bangsar Shopping Centre (Tel: 03-20942199).

Untuk para pelanggan yang membelanjakan RM200 dalam satu resit, mereka boleh mendaftar untuk mendapatkan kad Privelege Clientele. Kad ini membolehkan mereka antaranya, menikmati diskaun 5% atas harga normal dan poin yang dikutip akan ditukarkan kepada baucar tunai yang akan dihantar kepada mereka dua kali setahun.



Credits to www.gua.com.my for the introduction to L'Erbolario Beauty Secrets! It's a lifestyle & entertainment portal for the malay audience :D

No comments:

Post a Comment

meow thx ^_^ for commenting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...